alamhamil.com

Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel

Articles

Merancang Keluarga dengan IUD (Intrauterine Device)

User Rating:  / 5
PoorBest 

 

Apa itu IUD?

IUD ialah satu alat plastik kecil yang diletakan didalam rahim wanita sebagai cara untuk mengelak dari hamil. Terdapat 2 jenis IUD di Malaysia. Satu jenis mengandungi ubat progestogen yang dipanggil MIRENA dan satu lagi IUCD yang mengandungi kupur didalamnya.

Bagaimana IUD bertindak?

Bagi IUD yang mengandungi kupur ( copper ), kehamilan dielakkan dengan menghalang sperma dari memasuki rahim dan bersenyawa dengan telur. Ia juga bertindak dengan menghalang telur yang sudah tersenyawa dari melekat di dinding rahim seterusnya menghalang implantasi dari berlaku.

MIRENA pula ialah IUD yang mengandungi hormon progestogen, bertindak lebih kurang sama dengan IUD biasa tapi dengan satu tindakan tambahan iaitu menipiskan dinding rahim seterusnya menyebabkan rahim tidak bersedia untuk implantasi berlaku. MIRENA sangat sesuai untuk mereka yang mengalami haid yang banyak kerana aliran darah haid menjadi lebih sedikit dari biasa dengan memakai MIRENA.

Takat mana keberkesanan IUD?

Satu hingga dua dalam 100 orang mungkin hamil dengan memakai IUD cooper. Bagi MIRENA pula ia adalah lebih efektif iaitu 1-2 dalam seribu orang

Bagaimana pemakaian IUD dibuat?

IUD dimasukkan oleh doktor, biasanya diklinik dan memakan masa selama 5 minit sahaja. Sebaik sahaja IUD dimasukkan ia akan berkesan serta merta. IUD boleh dipakai sehingga 5 tahun bergantung kepada jenis IUD anda.

Kesan sampingan?

IUD selalunya jarang memberikan masalah tetapi kadang kadang ia boleh menyebabkan haid yang banyak, sakit belakang semasa haid dan spotting ditengah kitaran haid. Jarang jarang ia menembusi rahim dan berada diluar rahim. Kesan sampingan dengan MIRENA pula ialah aliran haid menjadi kurang dan kadang kadang tiada haid langsung bagi sesetengah orang.

Bertanya lebih lanjut tentang kesan IUD dengan doktor anda sekiranya berminat.

 

You are here: Utama